PROGRAM TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita, 3R (Respek, Relaks, Respon) telah melancarkan pencarian hos baru untuk musim kali ini setelah lebih sedekad bersiaran, sejak tahun 2000.
Hos yang dicari perlu mempunyai faktor X bagi menyambung legasi Azah, Rafidah, Yuen, Tini dan Celina, yang pernah menjadi hos sebelum ini.
Sehubungan itu, sesi uji bakat bakal diadakan bermula Jumaat ini hingga Khamis depan di Shah Alam dan Pulau Pinang bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
Pada 31 Mei dan 1 Jun, ujibakat pencarian hos 3R bakal dijalankan di Dewan Kuliah A, Foyer Universiti Sains Malaysia.
Sementara, ujibakat kedua dijalankan pada 3 Jun dan 6 Jun di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.
Wanita muda berusia 21 hingga 26 tahun dijemput menghadiri ujibakat tersebut.
No comments:
Post a Comment
SeSuNggUhNyA KeSuSaHaN iTu aDaLaH JaLaN KePaDa KeSeNaNgAn Di MaSa HaDaPaN............