Followers

Thursday, 30 May 2013

Siti Saleha Dikutuk Gara-Gara Tuala Wanita

Langkah pelakon Siti Saleha berkongsi pengalaman sebagai model iklan tuala wanita menerusi laman sosial Instagram miliknya mendapat hinaan masyarakat yang disifatkannya sebagai berfikiran sempit.

Siti Saleha, 23, berkata, golongan yang kebanyakannya lelaki itu cuba mengutuk dan menyindirnya dengan berkata dia sebagai perempuan yang tidak tahu malu selepas dia memuat naik gambar dengan aksi tertentu untuk iklan berkenaan.

"Saya pernah muat naik gambar ketika penggambaran iklan tuala wanita jenama Kotax dengan beberapa pelakon lain, selepas itu ramai pengikut (Instagram) yang beri kritikan dan kutukan di gambar itu.

"Mereka kata saya tidak tahu malu kerana bercakap berkenaan tuala wanita kepada umum dan jadi duta kepada produk itu," katanya ketika ditemui pada pelancaran drama Memberku Hawa Musim Ke-2, di sini, Selasa.

Jelasnya, fikiran dangkal sebegitu tidak sepatutnya timbul pada zaman ini kerana ia merupakan perkara normal bagi setiap wanita dan seharusnya diambil tahu oleh kaum lelaki.

"Lelaki sepatutnya sudah boleh menerima perkara ini dan ia bukan memalukan kerana mereka juga akan mempunyai isteri atau anak perempuan yang melalui perkara yang sama iaitu perlu memakai tuala wanita.

"Lelaki harus didedahkan dengan perkara ini dan mereka perlu tahu untuk membeli tuala wanita jika diminta oleh isteri dan ia bukan lagi sesuatu yang memalukan," ujarnya.

Dalam pada itu selain Siti Saleha turut berlakon dalam drama bersiri Memberku Hawa musim kedua bersama pelakon Nad Zainal. Drama itu adalah tajaan Kotax.

"Ya... saya membawa watak Nur Hawa iaitu seorang wanita bertudung dalam drama ini dan dalam masa yang sama saya juga merupakan duta produk tuala wanita ini.

"Kami akan adakan beberapa program luar bersama pengguna Kotax, namun begitu ketika di luar, saya tidak bertudung dan imej saya berbeza berbanding dalam drama berkenaan.

Tambah Saleha, apa yang lebih penting adalah tanggungjawab sebagai jurucakap atau duta produk tersebut dalam memberi inspirasi kepada setiap wanita.

"Tanggungjawab besar saya adalah untuk meningkatkan keyakinan diri setiap wanita, isu bertudung atau watak itu hanya dalam drama sahaja dan tidak dibawa keluar.

"Bagaimanapun, secara jujur saya selesa berlakon bertudung dan tidak rasa kekok, sebelum ini juga pernah bawa watak-watak bertudung dan tidak menjadi masalah bagi saya," katanya.

Drama Memberku Hawa Musim ke-2 akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun depan pada pukul 10 malam di Astro Ria. Ulangannya adalah pada setiap Ahad pukul 6.30 petang.

Drama ini mengisahkan wanita muda Malaysia yang berdepan dengan cabaran hidup dengan sikap positif dan berpendirian teguh.

Selain Siti Saleha dan Nad Zainal, drama ini turut dibarisi Sharifah Sofea, Nur Zaireen Mohd Zait, Christina Suzane dan Nor Nadia Nor Mahazan.

3R cari hos baru

PROGRAM TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita, 3R (Respek, Relaks, Respon) telah melancarkan pencarian hos baru untuk musim kali ini setelah lebih sedekad bersiaran, sejak tahun 2000.

Hos yang dicari perlu mempunyai faktor X bagi menyambung legasi Azah, Rafidah, Yuen, Tini dan Celina, yang pernah menjadi hos sebelum ini.

Sehubungan itu, sesi uji bakat bakal diadakan bermula Jumaat ini hingga Khamis depan di Shah Alam dan Pulau Pinang bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pada 31 Mei dan 1 Jun, ujibakat pencarian hos 3R bakal dijalankan di Dewan Kuliah A, Foyer Universiti Sains Malaysia.

Sementara, ujibakat kedua dijalankan pada 3 Jun dan 6 Jun di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Wanita muda berusia 21 hingga 26 tahun dijemput menghadiri ujibakat tersebut.

Pelakon Hollywood terkejut harga kereta di Singapura

Harga sebuah kereta di Singapura sememangnya lebih mahal jika dibandingkan dengan harga di negara-negara lain.

Ini kerana Singapura ingin mengurangkan kesesakan lalu lintas, sekaligus menggalakkan rakyat mereka untuk bergerak ke mana-mana sahaja dengan menggunakan pengangkutan awam yang telah disediakan.

Jadi bagaimanakah agaknya reaksi pelakon "Fast & Furious" apabila mengetahui harga sebenar kereta di Singapura?

Mari kita saksikan video meneka harga kereta bersama pelakon Vin Diesel, Luke Evans, Michelle Rodriguez dan Gina Carano yang berada di Manila, Filipina baru-baru ini.

Klik Sini Untuk Video

Pencarian peserta AF kini bermula!

Hampir dua tahun rancangan realiti popular Akademi Fantasia (AF) direhatkan atas sebab-sebab tertentu, kini ia muncul semula dengan format baru dan idea lebih segar.

Dengan memperbaharui format baru, AF10 akan ditukar kepada AF2013 akan disiarkan di Astro Ria bermula September tahun ini.

Malah logo AF juga turut ditukar yang memperlihatkan elemen futuristik dan lebih menarik berbanding logo terdahulu.

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata program realiti Akademi Fantasia dilihat sebagai platform bagi melahirkan perintis baru dalam dunia hiburan.

Tambahnya, program itu masih relevan dengan terbukti apabila ramai bintang kelahiran AF berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, lakonan dan pengacaraan.

Selain itu, terdapat penambahan unsur rap dalam lagu rasmi AF, Menuju Puncak yang dinyanyikan oleh Zahid.

"Lebih menarik, penggunaan media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram atau Keek dibenarkan agar mereka dapat berkomunikasi dengan dunia luar," katanya.

Difahamkan, AF2013 akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti iaitu pada September.

Teka-teki siapakah yang akan menggantikan pengacara asal Akademi Fantasia sebelum ini bakal terjawab dalam masa terdekat dan pihak Astro akan mengadakan sidang media untuk memperkenalkan pengacara baru AF.

Difahamkan, antara nama yang disebut-sebut menjadi menduduki kerusi pengacara AF ialah pelawak terkenal, Zizan Razak.

Malah, AF2013 dikatakan mempunyai unsur lawak dan masih mengekalkan elemen kejutan dalam rancangan tersebut.

Menurut Khairul, siapakah yang akan menjadi pengacara AF dirahsiakan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, bagi mereka berminat sertai AF2013 secara solo atau duo boleh kunjungi lokasi uji bakat pada tarikh ditetapkan.

Penonton boleh mendapatkan info di www.facebook.com/AkademiFantasia2013.

Ayah Ikut ke Lokasi Kerana Tidak Percaya Emma Maembong

Pelakon jelita Emma Maembong, mengakui pada awalnya agak sukar untuk dia meyakinkan bapanya tentang kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Emma, 19, yang merupakan anak kepada pelukis tersohor negara, Ismail Embong berkata, dia terpaksa meminta bapanya itu menghantar serta mengambilnya di lokasi penggambaran agar dia faham tugas seorang pelakon.

"Masa awal-awal dulu agak sukar juga, dia marah-marah kalau saya balik lewat dan tidak percaya dengan saya.

"Untuk meyakinkan dia, saya bawa dia ke lokasi, suruh dia hantar dan ambil saya setiap kali selesai penggambaran," katanya.

Ujar Emma, bagaimanapun sejak beberapa drama yang dilakonkannya disiarkan di televisyen, bapanya mula menerima dan memahami kerjaya tersebut.

"Sekarang ayah sudah faham dengan kerja saya ini, kalau saya dan adik saya iaitu Chacha balik lewat dia akan masak untuk kami," katanya.

Selain Emma, Chacha Maembong turut mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

Dalam perkembangan lain, Emma yang baru sahaja selesai melakukan penggambaran program Remaja Ekstrim untuk sebuah stesen televisyen berjaya memiliki lesen menyelam dasar laut.

Dia yang jarang melakukan aktiviti lasak, menganggap peluang tersebut sebagai satu cabaran yang berharga.

"Mulanya rasa takut untuk menyelam tetapi selepas sesi latihan dan belajar teknik yang betul, barulah saya berani untuk ke dasar laut.

"Sebelum ini memang tidak pernah berpeluang untuk buat aktiviti lasak kerana saya ni ada tekanan darah rendah, cepat rasa nak pitam," katanya.

Cita Rasa Makanan Berbeza Sukarkan Jehan Miskin, Isteri

Pelakon Jehan Miskin masih sukar menyesuaikan diri soal pemilihan makanan dengan isterinya, wanita Korea iaitu Julie Camelia Rhee setelah hampir tiga minggu mendirikan rumah tangga.

Kata Jehan, 34, kedua-dua mereka kebiasaannya akan tetap mengikut cita rasa masing-masing dari apabila menjamu selera.

"Soal memilih makanan yang menjadi masalah bagi kami. Saya tidak boleh makan makanan seperti susyi yang rare (kurang masak), ‘shahimi’ dan makanan-makanan asli Korea yang lain.

"Isteri pula tidak makan daging kambing atau makanan-makanan Melayu terutama yang pedas cuma ada beberapa makanan seperti nasi lemak dan ‘yong tau foo’ yang dia boleh makan," katanya.

Bagaimanapun perkara itu tidak menjadi satu masalah bagi pasangan ini yang sudah lima tahun bercinta.

Bercakap soal budaya Melayu, Jehan berkata, isterinya sudah banyak belajar sejak bekerja di negara ini pada 2009.

"Dia tidak ada masalah dengan budaya kita, malah dia sendiri memang menyenangi kehidupan masyarakat Malaysia dan sudah selesa tinggal di sini," katanya yang belum merancang untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat.

Sementara itu, pasangan ini merancang untuk berbulan madu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti di lokasi yang masih dalam pilihan.

Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 5 Mei lalu di Carcosa Seri Negara setelah tiga tahun bercinta.

Dalam perkembangan lain, Jehan kini sedang sibuk mengarah drama 13 Episod yang bakal ditayangkan di 8TV pada 1 Jun ini.

"Ini merupakan drama kedua arahan saya yang berkisarkan tentang seram dan misteri, setakat ini baru habis penggambaran episod 9," katanya.

Bobo punca Along Cham ikut jejak langkah Angah?




Tahun ini dilihat ramai artis di bawah naungan Metrowealth International Group (MIG) memilih untuk keluar daripada syarikat pengurusan yang diterajui oleh penerbit terkenal, David Teo.

Terbaru adalah pelakon komedi Along Cham yang memberitahu dia telah keluar dari MIG pada 14 Mei lalu kerana ingin mengembangkan kariernya sebagai seorang pelakon dan pengacara, sekaligus menafikan spekulasi tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat tersebut.

"Sebenarnya saya sudah keluar dari MIG sejak 14 Mei yang lalu. Ianya dilakukan dengan cara yang baik, sama seperti ketika saya nak tandatangani kontrak dulu.

"Bagi saya, jika kita mempunyai alasan kukuh untuk keluar dari MIG, David Teo pasti akan faham dan menerimanya.

"Janganlah masa sebelum nak dapat tawaran berlakon, kita bersikap baik. Namun bila nak keluar, buat hal pula. Siapa yang tak marah jika ada yang buat perangai begitu?," ujarnya .

Aktor berusia 30 tahun ini turut menafikan kemasukan Bobo yang terkenal dengan lagu parodi "Sayang" nyanyian Shae sebagai artis baru MIG sebagai salah satu punca dia membuat keputusan sedemikian.

"Ingin saya jelaskan bahawa rasa tidak puas hati saya dengan pihak pengurusan MIG bukanlah penyebab saya mengambil tindakan sedemikian.

"Saya juga ada dengar cerita yang mengatakan saya keluar dari MIG kerana kemasukan Bobo. Ianya tidak berkaitan langsung. Mengarut cerita itu," jelasnya yang mengakui turut ditawarkan sambungan kontrak, tetapi menolaknya secara baik.

Dalam perkembangan lain, filem terbaru Along, "Bro, Nampak Motor Gua?" arahan Razif Rashid telah mula ditayangkan di pawagam bermula 30 Mei ini.
__________________

Wednesday, 29 May 2013

Vacancy For Oil and Gas

Gulf Link has been established to cater to the demands of the dynamic local and international Oil & Gas companies and projects, with focus on search and selection. Our experienced and enthusiastic team of recruiters delivers effective solutions in the shortest time possible.
Specializing in the supply of Oil & Gas personnel for contract and permanent positions, Gulf Link's aim to deliver quality service remains to be the forefront and mission of the Company.



1. Senior Area Engineer

- B.Sc. in Engineering or relevant degree/ Diploma with recognized experience in oil and
gas- Minimum 7 years of working experience in oil and gas Industry

2. Senior Project Engineer

- Bachelor Degree in Process or Mechanical Engineering or similar Engineering Degree
- Minimum 10 to 12 years working experience, preferably registered Professional Engineer.

3. Senior Development Engineer

- Bachelor Degree in Petroleum or similar Engineering Degree
- Minimum of 10 to 12 years industry experience with proven track record in planning, appraisal / development drilling,resevoir or field development, project management and execution, producing field management.
4. Senior Structural Engineer
- Degree in Civil/ Structural Engineer or equivalent with extensive experience
- Minimum 10 to 15 years of working experience in oil & gas related Engineering & Design and Management of Design Teams.

5. Senior Mechanical Engineer

- Degree in Mechanical Engineering or related discipline
- Minimum 10 to 15 years working experience in oil & gas Engineering & Design

6. Mechanical Engineer

- Degree in Mechanical Engineer or related discipline
- Minimum 5 to 10 years working experience in Engineering or Construction organization in the oil & gas industry

7. Construction CSR

- Qualified Mechanical, Structural or Civil Engineer with at least 15 years working experience in project management, OR a minimum of 15 years of solid construction experience in the oil & gas industry
- Have the ability to organize and direct construction management activities with minimal supervision

8. Construction Engineer

- Degree in Mechanical Engineering or related construction discipline.
- Minimum 8 to 15 years working experience in oil & gas company

9. Senior Field Engineer

-Degree in Mechanical Engineering or related Engineering discipline.
- Minimum 8 to 15 years working experience in oil & gas company

10. Senior Commissioning Engineer Telecommunication

- Degree in related Discipline
- Minimum 12 years of working experience in oil & gas related Engineering and design

11. Commissioning Team Leader

- Degree / Diploma in an Engineering related Discipline
- Minimum 12 to 15 years of working experience in oil & gas facilities commissioning with recent experience in an supervisory capacity

12. Contract Administrator

- Degree in Engineering related discipline or other discipline acceptable by Company with years of experience recognized by Company
- Minimum of 5 to 10 years relevant experience in upstream oil & gas project management
- A sound knowledge of partner Tenders and Contract Procedure

13. Materials & Marine Logistics Coordinator (Bintulu Based)

- Diploma in related discipline
- Minimum 8 years working experience in logistics, preferably oil & gas related

14. Offshore Installation & Hook Up Manager

- Recognized Degree in Engineering discipline or equivalent years of experience
- Minimum of 5 years experience in a platform Installation Supervisory role
- Minimum of 15 years working experience in the relevant areas of offshore installation work

15. QA Engineer

- Bachelor's Degree, in an engineering/Science discipline
- Minimum 5 to 10 years experience as a test/ quality control technologies/ engineer
- Strong knowledge of industry standart

16. Production Engineer

- Degree in Engineering, preferably in Petroleum Engineering
- Minimum of 7 years experience in a similar role
- Familiar with issue relating to drilling, production and work over the offshore wells.
- Familiar with reservoir, completions and construction engineering


* Serious candidate who are meet the qualification can send your latest resume to
iera.hashim@yahoo.com or call our office at (+ (603 6277 1119/+ 603 6275 7557)
* Please state your current salary, your expected salary and your availability.